Wednesday 27 July 2011

PELAN TINDAKAN SEO-PENGENALAN

Assalammulaikum kepada semua blogger.Pada post kali ini, saya akan mendedahkan rahsia pelan tindakan SEO yang perlu diketahui oleh aktivis SEO diluar.Setiap projek yang kita ceburi contohnya perniagaan internet,affiliate jual tudung online dan sebagainya,amat memerlukan percaturan strategi yang berkesan.Strategi tersebut memerlukan pelan tindakan yang perlu kita laksanakan agar progress projek akan berjalan dengan lancar.

Pelan tindakan SEO ini bermula dengan 6 point penting. 6 point penting ini adalah :


  1. Kajian (Research)
  2. Pelan dan Strategi
  3. Pelaksanaan (Implementasi)
  4. Pengawasan (Monotoring)
  5. Penilaian (Assessment)
  6. Penyelenggaraan (Maintenance)

Saya juga telah menyediakan mindmap untuk kemudahan anda meneliti setiap point didalam pelan tindakan seo ini.

PELAN TINDAKAN SEO


Post ini adalah pengenalan sahaja dan pada post yang akan datang saya akan kupas dan huraikan aspek kajian (research) yang perlu dilaksana pada pelan tindakan seo ini.Nantikanya post yang akan datang.Terima Kasih dan wassalam.


Monday 25 July 2011

SEO PROOF VIDEO--mrx khas untuk kamu

Assalammulaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger yang cool and cun disana..okeh xnak cakap (taip) banyak jom layan video dlu...


okeh..sori xde suara n pelbagai music and catchy..saya just record sebab time tu rasa gerak hati (instinct) seperti perlu record Google search result nie.video ni bertarikh 21/5/2011..and ghostblog saya "senangseo.blogspot.com" mendapat tempat di SERP untuk beberapa keyword.Berdasarkan video tersebut Keyword dan search result adalah seperti berikut :

  1. senang seo               :  2,880,000 : 1st place
  2. teknik seo                :  6,090,000 : 2nd place
  3. teknik seo blogger    :  2,250,000 : 2nd place
  4. teknik seo blogspot  :  3,390,000 : 2nd place 

Perhatian ye geng semua,ini adalah search result pada 21/5/2011 dan keputusan bagi keyword diatas telah berubah,dimana hanya pada keyword senang seo saya masih lagi diatas SERP klik sini untuk lihat.

Kepada MrX,saya ingin jelaskan..jika anda taip untuk keyword yang seterusnya anda akan lihat blog saya tidak berada di atas SERP kerana terdapat blog lain diatas.Sebabnya google telah meletakkan blog lain diatas kerana isi kandungan blog tersebut lebih relevan berdasarkan keyword tersebut.Saya berharap anda berpuas hati diatas penerangan saya.

Kepada blogger-blogger lain diluar..ingat  ALWAYS TRUST YOURSELF.bila ada yang hina just ALWAYS TRUST YOURSELF..siapa lagi jika bukan anda sendiri yang percaya "I CAN DO IT"..

nampaknya itu saja..harap-harapnya tiada konfrontasi lagi..jika ada sebarang masalah sila contact saya k.InsyaAllah saya menjawab dengan sopan dan beretika..Wassalam

Sunday 24 July 2011

Cabaran SEO dari MR X

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua blogger-blogger sekalian..baru-baru  nie..saya telah mendapat email dari peminat rahsia.Email tersebut bolehla dikategori email layang.Didalam email tersebut telah mencabar saya menunjukkan kemampuan seo saya..ini snapshot email tersebut :



Terima kasih mr-x atas email membina anda..email tersebut akan saya jadikan catalyst semangat saya..post kali ini saya akan menjelaskan kepada mr-x dan anda semua.blog hantu saya senang seo.blogspot.com adalah blog ujikaji sahaja..tiada niat untuk menghina sesiapa dan saya yakin anda tidak akan terasa offended kerana isi kanduangan didalam blog itu kosong dan tiada post lansung (hehe-LOL).

Yang kedua saya juga saya sempat merakan video google search result yang memaparkan blog senangseo juga mampu rank pada keyword2 lain yang.Alhamdulillah sya tergerak hati untuk merakam video tersebut..sebenarnya saya malas untuk merakam video entah kenapa saya tergerak untuk record video search result.

Xpe2 ini cabaran biasa yang perlu hadapi..apa yang penting KITA MESTI YAKIN PADA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI…MUST BELIEVE TO YOURSELF EVEN EVERYONE LOOKING DOWN ON YOU!!!!!!!!!!

Mr-X saya akan upload video tersebut bukan untuk memanaskan hati anda Cuma untuk membersihkan nama dan reputasi saya.untuk menghalang perbuatan ini berulang lagi.jika anda masih tidak berpuashati..maafkan saya jika terlanjur kata.InsyaAllah kita set date, discuss , luah apa yang x puas hati..kita selesai cara baik..saya berjanji tidak akan marah just sembang2 minum@makan petang..ok..nampaknya itu sahaja..wassalam.

P/s:saya akan belanja kos makan n minum nanti..bawak abang @kakak@ibu@ayah sekali boleh makan ramai2..saya open table bro!!!!

Thursday 21 July 2011

Panduan SEO percuma di Internet

Assalammulaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua.Bagaimana dengan aktiviti SEO anda?.Adakah semakin baik dan sedang mendaki puncak SERP?..atau mungkin anda sedikit tersesat dan memerlukan sedikit panduan SEO sebagai road map pada perjalanan SEO anda.

Jangan gundah dan risau kerana pada post kali ini saya akan mendedahkan beberapa website yang memberi panduan SEO secara percuma di internet.Website-website tersebut merupakan major power didalam industri SEO dan sering menjadi rujukan kepada aktivis SEO seluruh dunia.Saya akan mengupas (memberi review ) kenapa website-website tersebut menjadi pilihan saya bagi mencari sumber maklumat dan panduan SEO yang hangat dan terkini.

Website-website SEO pilihan saya :


  1. searchengineland.com

Sumber panduan seo saya yang pertama adalah search engine land.com.Website ini adalah merupakan website info SEO yang terbaik dan terlengkap kerana pada pendapat saya website ini selalu memaparkan berita dan maklumat SEO terkini pada industri SEO di peringkat global.

Website ini juga selalu memaparkan trend-trend terkini dan tersebut amat  perlu diambil perhatian bagi aktivis SEO sekalian ,kerana industri SEO berubah dengan sangat pesat.Teknik seo yang kita kuasai hari ini mungkin ia tidak berkesan lagi pada masa sebulan yang akan datang.Untuk mengelakkannya selalu kunjungi website ini untuk mendapatkan info dan panduan SEO terkini.

Disamping itu, website ini juga sering menerbitkan nota SEO yang berkualiti contohnya Periodic Table bagi menentukan ranking factor setiap aktiviti SEO.Sangat menarik dan kreatif,jadual berkala kimia tetapi versi SEO.Klik sini untuk mendownload.



      2. seomoz.org

seomoz.org diantara website SEO pilihan saya.Di seomoz anda akan disajikan info dan maklumat seo berkualiti dan ianya percuma.Website ini juga terdapat siri tutorial yang menarik dan amat berguna kepada newbie bagi menceburkan diri didunia SEO.



seomoz.org juga menerbitkan pdf tutorial pengenalan SEO percuma dan ia masih menjadi sumber rujukan asas SEO yang terbaik pernah saya baca.Anda boleh mendownloadnya disini dan jika anda malas untuk sign up anda boleh baca tutorial SEO diweb sahaja dan klik sini untuk akses .

Selain itu juga seomoz juga menyediakan seo tool secara percuma akan tetapi anda perlu menyertai langganan seo secara berbayar untuk mengakses secara maksimum.Pada awal-awal kemunculan website ini sempat juga saya menikmati tool ini dan mungkin terlalu ramai yang mengunakannya maka ia berubah kepada tool yang berbentuk langganan

       3.Mattcutts.com

Yup.Siapa Matt cutts?..dia merupkan ketua division webspam di Google.Jika anda nak menawan Google, anda perlu tahu maklumat daripadanya.Salah satu sumber info Google dan panduan SEO terbaik adalah dari website ini.



Sebarang berita ,khabar angin dan info terkini anda boleh dapt dari website mattcutts.com.Apa yang saya suka mengenai website ini adalah terdapat sessi video dimana Matt cutts sendiri akan menjawab soalan-soalan mengenai Google.Saya mencadangkan anda lihat semua video Matt cutts tersebut dan korek rahsia dan part yang paling kelakar adalah kadangkala Matt masih cuba untuk menyembunyikan rahsia Google tetapi didedahkan secara tidak sengaja.Untuk lihat semua video matt cutts klik sini


Kesimpulan

Website-website ini merupakan website pilihan saya untuk mendalami ilmu dan mancari panduan SEO yang berkualiti.Semoga suatu hari nanti blog saya akan menjadi blog pilihan Malaysia untuk mencari ilmu dan panduan SEO yang tebaik.

sekian terima kasih.Wassalam

p/s: Panduan SEO untuk semua!!!!!!!!!!!

Saturday 2 July 2011

Santai SEO-Bye-Bye Google Wonder Wheel

Assalammulaikum..salam sejahtera kepada anda semua..mungkin ramai dah tau mungkin ramai dah sedar..Google dah update web browsingnya.akan tetapi salah satu daripada application yang penting sudah dibuang dari Google iaitu "Google Wonder Wheel".



Apa pentingnya?

Google Wonder Wheel adalah salah satu application percuma untuk menilai sesuatu keyword sama ada ia berkaitan (relevance) dengan keyword yang kita cari.Contohnya bila taip SEO kat google akan keluar mind-map dan ia akan reveal niche-niche (atau cabang-cabang....haha) yang berkaitan dengannya..so senang kita nak discover hidden niche dan juga sebagai salah satu cara dan strategi dalam keyword research.

SEO wonder wheel berserta cabang-cabangnya..


Apa implikasinya?

"Apa kesannya" kan senang nak sebut..ok kesannya adalah apabila application nie dah di buang maka kerja untuk mencari keyword yang relevan semakin susah dan ia amat memeritkan bagi aktivis SEO yang amat suka application percuma seperti saya kerana walaupun ianya percuma tetapi ia amat berkesan bagi mengorek keyword-keyword yang berkaitan dengan keyword yang kita mahukan.

Tugas aktivis SEO dengan adanya Wonder wheel semakin mudah kerana keyword yang perlu diSEOkan telah dicadang sendiri oleh Google.So Google revealed its own secret.Letak keyword kat search engine..klik wonder wheel just amik keyword tu and SEOkan kat blog kita...so Google pun suka kerana kita ikut cadangannya dan rank blog kita kat atas SERP.Senangkan ade Google Wonder Wheel.

Apakah alternatifnya?.

Xperlu sedih-sedih..barang yang lepas biarkan berlalu..sebenarnya agak sukar bagi saya memikirkan alternatif bagi Google Wonder Wheel ini..dahla power,mudah and free plak tu..ish..so far bagi saya mungkin software keyword yang berbayar xpun pakai Google Keyword Tool.Software yang free version macam traffic travis 3.0 just dapat revealed 200 keyword and kaddang-kaddang ia revealed keyword yang x berkaitan sangat..(taip SEO keluar keyword SEOrang guru..chet).

Mungkin saya kena search alternatif terbaik bagi Google wonder wheel ni..yang penting ia power,mudah dan FREE OF CHARGE..hehe...kalau dah dapat saya akan review kepada pembaca sekalian..ok itu sahaja..sekian terina kasih...Wassalam


p/s: Bye-bye wonder wheel..terima kasih atas jasamu selama ini..isk....

Thursday 30 June 2011

Cara SEO murah, percuma tetapi membunuh!!


Cara SEO murah, percuma tetapi membunuh!!



EMAS999(24K)950(23K)916(22K)875(21K)835(20K)750(18K)
Retail PriceRM 200.00-RM 190.00-RM 174.00RM 155.00
Arrahnu ExRM 184.05RM 174.85RM 168.71RM 161.04RM 153.37RM 138.04
AgrobankRM 194.28RM 184.57RM 178.09RM 169.99RM 161.90RM 145.71
MuamalatRM 178.00RM 169.27RM 163.21RM 155.91RM 148.78RM 133.63
YapeimRM 177.00RM 169.00RM 163.00RM 155.00RM 148.00RM 133.00
Used GoldRM 155.09RM 144.10RM 137.72RM 124.94RM 121.75RM 120.15
INDEKSMKSCHLKIJANGKITCOUSD/MYR999.9(Bar)
Daily6068608050731 606.593.104RM 158.19


testing point for "kuasa seo" blogspot ...ok
deleting inside post for "kuasa seo"blogspot............ok
adding other post for "kuasa seo" blogspot projek.......ok
wait for search engine movement.............for 4 day for ranking changes....................





Saturday 4 June 2011

Santai SEO-Pengakuan Penulis




Kali ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badanyang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 


testing point for "kuasa seo" blogspot ...ok
deleting inside post for "kuasa seo"blogspot...............ok
adding other post for "kuasa seo" blogspot projek..............ok'....
wait for search engine movement.............for 4 day for ranking changes....................

Wednesday 1 June 2011

Tarif Elektrik dan SEO

Assalammulaikum dan salam sejahtera.Bertemu lagi kita dipost saya yang terbaru.Sudah sedia maklum tarif elektrik negara kita akan  mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa I Jun ini.Hurm.kenaikan yang agak tinggi juga...sangat signifikan amount 7.12% ni.Kalau sebuah syarikat industri,increasing even 0.5% boleh buat ROI pun tergugat jugakla, tu yang kena mark-up harga barang atau servis.


Head ache-sebelum kronik




Seperti sedia maklum,aktiviti SEO adalah tidak boleh lari dari penggunaan elektrik dan kebanyakkan task-task yang perlu dilakukan untuk proses SEO memerlukan masa yang lama (walaupun anda guna software),dan saya tidak dapat bayangkan berapa lama masa diambil untuk sign-up 100 social bookmark account by manual.Belum lagi dikira untuk process pinging,Rss submitting dan yang paling ngeri adalah video submitting,sangat mengambil masa yang lama(kalau anda guna broadband ,bayangkanla).


Head ache-selepas kronik


Saya nak highlight isu ini bukan untuk menarik simpati atau sekadar gimik murahan,cuma saya pernah melakukan servis Link Building dan saya faham masa yang diperlukan untuk menyiapkan order dari customer,pernah juga PC saya tak shutdown seminggu direct.So ngeri untuk saya kenangkan berapa banyak bil elektrik bulan tersebut,tarik capital cost jugaklar.


So sekarang apakah cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik khasnya langkah-langkah sebagai seorang blogger.Apa didalam minda saya adalah:

  1. Karang post draft atas paper kosong dulu,susun ayat canthek-canthek so bila time pindah ke Word tinggal edit sikit-sikit,sampai kat post section tinggal copy paste jer.
  2. Fokuskan tumpuan kita bersama semasa penggunaan komputer,kalau nak post,cepat-cepat buat lepas tu off laptop
  3. Tiada lagi merayau-rayau di alam siber tampa tujuan kukuh..time nak post time tula nak gossip-gossip kat Facebook.(sekali lagi fokus)
  4. Kalau nak baca ebook,print siap-siap dulu and baca sepuas-puasnya walau dimana anda berada (tiada lagi baca ebook dilaptop)
  5. Galakkan penggunaan Software untuk memudahkan aktiviti SEO contohnya software linking dan sebagaimana.(kos software pun perlu diambil kira)
  6. Kalau berkemampuan,ambil servis SEO secara kecil-kecilan dahulu (servis link Rm20 ke)so orang lain yang buat SEO untuk anda,maka anda hanya perlu fokus kepada mutu blog sahaja.

Ini diantara tips yang berlegar diminda saya selama 3 minit setengah,dan saya rasa cukuplah.Bagi pendapat saya setiap idea yang muncul difikiran kita walau sedikit,walaupun sekejap sahaja kita berfikir tetapi yang tetap penting adalah tindakan.

So sampai disini sahaja ruangan luah perasaan sempena tarif elektrik.Sampai jumpa..Wassalam


P/s:Teringat cerita lecturer (bergelar ustaz),Nabi Muhammad S.A.W mengasingkan diri di Gua Hira' untuk jauhkan dari noda dan dosa penduduk Makkah,setelah turun wahyu dari Allah,Nabi Muhammad tidak mengasingkan diri lagi malah berani keluar dan terus berdakwah.So iktibar cerita ini,jika anda mendapat ilham,idea dan petunjuk dari Allah,segerakanlah akan tindakan berdasarkan ilham,idea dan petunjuk itu.




Tuesday 31 May 2011

Tutorial SEO - SEO vs SEM = Pro dan Kontra


Pada tutorial yang lalu,saya sudah menjelaskan apa itu teknik SEO dan teknik SEM.Pada tutorial pada kali ini, kita akan membincangkan apakah pro dan kontra disebalik kedua-dua teknik ini supaya anda mampu untuk menilai apakah teknik yang sesuai digunakan pada blog atau website anda.
Beberapa factor akan diambil perhatian untuk menilai teknik-teknik ini.Faktor – faktornya adalah :

  1. Zon dan posisi di SERP (Search Engine Result Position)
  2. Populariti keyword
  3. Trust factor
  4.  Kos aplikasi teknik



1. Zon dan posisi di SERP (Search Engine Result Position)

Zon dan posisi kedudukan website atau blog anda di SERP adalah salah satu factor penting dalam jangka hayat trafik yang mampu dijana oleh anda.Faktor ini semakin kritikal jika anda menggunakan website dan blog sebagai medium pemasaran,perniagaan kerana ia akan menonjolkan aspek authority  pada sesebuah niche perniagaan yang diceburi.

Pada faktor zon dan posisi ini,teknik seo lebih menyerlah kelebihannya berbanding teknik SEM.Merujuk kepada gambar dibawah,kita dapat mengenal pasti bahawa zon SEO adalah lebih luas dan besar berbanding zon SEM.Cuba anda klik link ini untuk keyword “hotel Malaysia”.Di contoh ini anda dapat perhatikan bahawa zon SEO adalah lebih besar manakala zon SEM adalah terhad.Jika kita ke page seterusnya (page 2,page 3 ,……..) ,kita dapat lihat bahawa majority ruang di SERP adalah dipenuhi oleh zon SEO dan di Zon SEM semakin mengecil.Keadaan ini semakin jelas apabila kita melayari page yang semakin jauh dibelakang.



Hotel Malaysia page 1


Hotel Malaysia page 70

Melalui case-study mudah ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa teknik SEO mempunyai lebih kelebihan berbanding teknik SEM pada factor Zon dan Posisi di SERP.


2. Populariti keyword

Populariti keyword bermaksud sesuatu perkataan (keyword) yang kerap (popular)digunakan ketika mencari maklumat di Search Engine.Jika anda mampu menawan keyword yang popular maka anda akan mampu menjana traffic yang sangat kencang ke blog anda atau website anda.Untuk teknik SEM,majority pemilik website hanya menfokuskan kepada keyword yang popular untuk menarik pengunjung dan sering mengabaikan keyword yang kurang popular.Kes ini terjadi kerana pemilik website tidak mahu meletakkan kos SEM pada keyword yang tidak mampu menjana traffik dan seterusnya hanya mengundang kerugian.

Manakala untuk teknik SEO anda mampu menawan sebarang keyword yang anda inginkan.Jika keword itu popular dan lebih hangat persaingannya anda memerlukan lebih masa,tenaga kerja mungkin memerlukan SEO consultant sebagai solusi terakhir.Untuk keyword yang kurang popular atau kurang persaingan pula anda mampu menawannya jika anda mengetahui teknik-teknik SEO yang betul dan ia mampu dilaksanakan (workable).

Lihat pada contoh dibawah ini,untuk keyword popular seperti “hotel Malaysia” kita dapati terdapat zon SEM di SERP tetapi untuk keyword “panduan hotel Malaysia” tidak terdapat zon SEM di SERP.Bagi pendapat saya ,keyword “panduan hotel Malaysia” juga adalah penting dan ia mampu menjana traffik ke website anda.Ketiadaan zon SEM pada keyword ini ,adalah kerana kurang persaingan di SERP dan pemilik web tidak perlu mengeluarkan kos untuk teknik SEM ,cukup sekadar mengunakan teknik atau  servis SEO untuk menawan keyword ini.

Panduan Hotel Malaysia

Teknik SEO dan teknik SEM menonjolkan kelebihan tersendiri.Dengan teknik SEM anda mampu menawan keyword yang popular dan mempunyai persaingan yang tinggi disamping tidak memerlukan masa dan tenaga kerja yang berlebihan “cuma” anda hanya perlu mengeluarkan modal untuk menjalankan kempen SEM tersebut.Manakala pada teknik SEO, anda juga  mampu untuk menawan keyword popular tetapi anda memerlukan masa,tenaga kerja dan pelbagai kos lain (software,servis,etc..) akan tetapi peratus kejayaan adalah sedikit kerana persaingan yang kuat  dan mungkin anda akan menyerah dipertengahan jalan.Kelebihan teknik SEO pada factor ini adalah anda mampu untuk menawan keyword yang tidak kurang pentingya berbanding keyword pilihan dengan kos yang rendah (lihat case study diatas).


 3. Trust factor

Saya ingin bertanya pada anda ,jika anda menaip keyword di Search engine dan result menjelma pernah dan adakah anda akan klik pada ruangan Ads di SERP?.Untuk soalan pernah ,ini jawapan saya. “Yup,Saya akan tekan pada masa itu umur saya masih lagi 10 tahun dan saya time tu buta it”.Untuk jawapan adakah pula.”Sekarang nie dah tak klik kat ruang Ads pun,bukan nak bagi info just nak jual barang adela”.

Begini senarionya,semakin lama anda berkecimpung di dunia internet ini, semakin  kurang anda klik pada ruangan Ads di SERP kerana anda semakin sedar bahawa di ruangan Ads tidak mampu memberi  info dan maklumat yang anda inginkan .Bagi anda ia cuma website untuk menjual produk atau servis.Anda semakin kecewa jika melayari website di ruangan Ads (citt..membazer mase aku jer surf web nie.Iklan ghopernyer).Sejak itu anda tidak klik di ruangan Ads lagi.The end.

Sebenarnya terdapat kajian mengenai isu keberkesanan ruangan Ads di SERP.Melalui kajian (eye-tracking experiment) tersebut iProspect menjelaskan bahawa 60% pengguna internet akan klik di ruangan organic result (zon seo) dan peratus ini akan meningkat jika seseorang itu semakin berpengalaman mengunakan internet.Lihat gambar ini dan ianya terjawab.

Google Heat Map
Ini adalah gambar yang juga dikenali sebagai “google heat map”.Gambar ini menunjukkan kecenderungan posisi kedudukan mata ketika focus di SERP.Semakin pekat warnanya,semakin focus pandangannya.Berdasarkan gambar ini , ternyata di zon SEO menjadi ruang focus berbanding ruang di zon SEM.Ternyata teknik SEO mempunyai markah penuh berbanding teknik SEM pada aspek trust factor ini.

1)   4. Kos aplikasi teknik

Kos aplikasi teknik SEO adalah percuma jika anda mampu melakukannya seorang diri. Mungkin kos terbesar pada teknik SEO adalah kos masa dan diikuti kos tenaga kerja professional (skill dan teknik).Jika diambil kira pada jangka masa yang panjang teknik SEO akan memberi pulangan pada tempoh yang lama. Selama anda berada di kedudukan SERP yang bagus selagi itulah anda akan dapat trafik pengunjung secara percuma berbanding menjana traffic mengunakan teknik SEM seperti pay-per-click.

Teknik SEM mudah diaplikasi kerana anda hanya perlu membayar kepada search engine untuk meletakkan website anda dikedudukan terbaik akan tetapi ia memerlukan kos yang tinggi dan kesannya bagus  pada jangka masa yang pendek kerana tempoh website anda berada di kedudukan itu bergantung kepada kos anda,jika mahu lama di keyword popular maka lebih banyak wang perlu dilaburkan.

Kesimpulan

Segala teknik ada pro dan kontranya dan ia terpulang pada kita untuk mengaplikasi kedua-dua teknik ini untuk mendapatkan hasil yang optimum.Cadangan saya aplikasikan teknik SEO (termasuk mengunakan service seo) terlebih dahulu dan jika ia tidak mencukupi maka gunakan teknik SEM sebagai langkah terakhir.

Fuh..panjang lebar saya jelaskan Pro dan Kontra teknik SEO dan Teknik SEM nih..jika anda suka like dan tweet pada simbol diatas post ye.Terdapat sebarang pertanyaan? sila email pada saya di sini

Belajar Google-Cara Google Search Berfungsi

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian.Di ruangan belajar Google ini,saya akan menghuraikan bagaimana proses Search Google beroperasi.Apabila kita tahu modus operandinya maka senang untuk kita member perhatian apabila melakukan aktiviti SEO untuk blog kita.




Sebelum kita mulakan pembedahan untuk post kali ini,jom kita tonton dulu video yang amat berguna ini..

Ha..bestkan video ni.video ini menjelaskan secara mudah dan terperinci mengenai proses Search Google dilakukan.Sekarang kita beralih kepada part yang menarik,membedah dan mengesktrak info dari video ini.

1)Pada (0:22) di video, kita perolehi info dimana sewaktu kita membuat search,sebenarnya kita mengakses kepada Google Indeks daripada web itu.Point yang boleh diambil adalah sewaktu aktiviti SEO dijalankan kita hendaklah memastikan bahawa blog kita telah diindeks oleh Google terlebih dahulu sebelum ia terpapar di muka SERP.

2)(0:29-0.44)Pada video ini, Matt telah menjelaskan bahawa operasi indeks Google dilaksanakan oleh Google Spider bot yang berfungsi untuk melayari atau “crawl” link-link yang terdapat pada web kita dan apabila operasi crawling ini berakhir maka blog kita akan diindeks didatabase google.

3)(1:07-1:32)Pada masa tersebut Matt telah menjelaskan beberapa aspek yang diambil oleh Google supaya result yang terhasil adalah berkaitan dengan keyword yang  ingin diSearch oleh pengguna Google.Disini beberapa factor diambil kira iaitu : 

  • berapa banyak keyword berkatian yang terdapat  pada sesuatu page (1:19)
  • adakah keyword itu berada dibahagian tajuk setiap page (title of paga)(1:211)
  • adakaha keyword itu berada di Url (cth jika anda taip “senangseo” adakah keyword ini muncul di url result seperti “senangseo.blogspot.com”)(1:22)
  • adakah keyword itu berkaitan secara tepat (directly adjacent)(jika kita mahu info “servis baik” ia bermaksud servis yang bagus akan tetapi bila kita letakkan sebagai  “servis” baik,ia boleh mengundang persepsi sebagai servis yang buruk (1:24)
  • adakah keyword itu mempunyai kata seerti (1:26)
  • adakah page yang akan dipapar itu berasal dari pagerank yang bagus (1:30)


4)(1:35-1.54).Disini Matt telah member info mengenai page rank dan bagaimana ia dinilai.Page rank dinilai pada berapa banyak bilangan link diterima dari luar (outbound link = OBL) pada sesuatu page dan berapakah nilai setiap OBL yang diterima oleh page tersebut.

5)(2:05)Yang ini adalah info yang paling seronok kerana Google secara official tidak melakukan sebarang servis untuk mengindeks sesuatu web,mengupdate web dan meningkatkan pagerank sesuatu web.Maka dengan ini aktivi SEO adalah secara percuma dan anda perlu tahu cara dan teknik SEO tersebut.

6)(2:30-2:57)Pada masa tersebut Matt telah menjelaskan bahawa terdapat juga keputusan “search result” berbentuk iklan Ads (SEM) pada SERP dan disamping itu juga terdapat garisan pemisah diantara organic result (SEO) dan paid result (SEM).Maklumat tambahan mengenai Ads , adalah Google tidak akan menunjukkan sebarang Ads jika tiada kaitan dengan keyword yang dicari.

Kesimpulan

Berdasarkan video ringkas tersebut kita mampu mendapat sedikit info mengenai search process dilakukan dan melalui video tersebut kita didedahkan beberapa aspek SEO yang perlu kita kuasai contohnya pagerank,outbound link,google crawling dan sebagainya.Oleh itu aspek SEO adalah begitu luas dan mustahil untuk dijelaskan dalam video ringkas tersebut.Anggap sahaja ia sebagai sneak preview untuk tutorial SEO yang akan datang.Semoga anda dapat mengikuti post akan datang kerana saya akan menjelaskan secara ringkas mengenai “crawl”,”index” dan “serving result”.Nantikan Sahaja…..Wassalam


p/s:banyakkan info..jomla like dan tweet agar kawan-kawan lain dapat belajar.

Belajar Google


Assalammulaikum dan salam sejahtera.Pada post ini saya bercadang untuk menyediakan ruangan khas mengenai search engine Google.Memetik ayat dari Sun Tzu :

 It is said that if you know your enemies and know yourself, you will not be imperiled in a hundred battles;
                                                                                                                         -Sun Tzu-

Ayat ini menjelaskan bahawa jika kita kenal dan fahami musuh anda tidak akan menghadapi kekalahan walaupun didalam 100 peperangan.Saya berpendapat jika kita ingin bermain SEO ,kita hendaklah mahir dan faham mengenai platform search engine yang bakal kita praktikkan teknik SEO tersebut.Dengan alasan ini adalah wajar kita belajar mengenai Google.

Google-Search Engine Pilihan

Diruangan belajar Google ini saya bercadang untuk menjelaskan mengenai bagaimana google Search berfungsi,Google Webmaster,Google Analytic dan pelbagai lagi.InsyaAllah tutorial google ini akan semakin menarik kerana post belajar Google ini akan disertai video-video yang berkaitan yang akan membongkar kelemahan atau "Loophole" yang boleh kita  manipulasikan untuk mencapai tujuan SEO kita.

Kenapa Google?

Yup,kenapa Google.Kenapa tidak Yahoo,Bing,Baidu ataupun Altavista?.Saya memilih Google kerana beberapa faktor.Faktor pertama oleh kerana saya mengunakan platform blogger sebagai pilihan dan Blogger.com dimiliki Google maka saya memberikan perhatian yang lebih kepada Google.Faktor kedua, segala teknik SEO ini adalah lebih menjurus kepada plaform blogspot maka saya lebih tertumpu kepada Google.Yang ketiga,Google menyediakan banyak aplikasi secara percuma seperti Google Analytic,oleh itu saya bercadang untuk memberi perhatian kepada pembelajaran dan tutorial mengenai aplikasi ini kerana amatlah rugi jika kita tidak mempelajari dan mengunakanya.

Saya berharap agar ruangan belajar Google ini menjadi tumpuan kepada pengunjung blog ini kerana dengan  mempelajari Google dengan lebih baik dan tersusun kita mampu mengunakkan search engine ini secara optimum.

 Nampaknya itu sajalah post ini sebagai pengenalan kepada ruangan Belajar Google di revoseo.blogspot.com.Saya berharap agar anda dapat sebarang input yang berguna dan sentiasa tertunggu untuk post yang akan datang (amin).Ok itu saja.Wassalam

p/s:Anda suke post ini..macam biasa sila tweet dan like diruangan social media diatas post ini...dengan ini anda dapat berkongsi post ini kepada rakan-rakan yang lain.


Tutorial SEO = Pengenalan SEO


JOM BELAJAR SEO!!!!!

SEO atau search engine optimization bermaksud mengoptimasikan kedudukan website atau blog kita di Search Engine Result Page bergantung kepada keyword-keyword tertentu.Contohnya jika anda menaip perkataan keyword “teknik seo” di Google akan terdapat banyak keputusan search akan muncul,terdapat website dan juga terdapat blog.Akan tetapi adakah blog saya berada di keputusan page pertama,jika ya tahniah..jika tidak pula, apakah yang perlu lakukan untuk blog saya berda di page pertama di google unutk keyword “teknik seo” ini?.Untuk meletakkan blog saya berada di page pertama unutk keyword ini ,saya perlukan teknik SEO supaya Google mengindeks  dan meletakkan blog saya di page pertama.

Komponen SEO

Komponen SEO boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian contohnya Video SEO, Article SEO, Social Media SEO dan pelbagai lagi.Selalunya pembahagian bidang SEO ini bergantung kepada teknik dan strategi yang kita pilih.Jika anda mahu menarik pengunjung melalui teknik video maka teknik Video SEO (VSEO) adalah perlu anda kuasai dan jika anda mahu menarik pengunjung menggunakan Facebook dan Twitter contohnya teknik Social Media SEO perlu anda fahami terlebih dahulu.

Kepentingan SEO

Kepentingan SEO boleh dijelaskan oleh beberapa aspek.Aspek yang pertama adalah traffik .Pentingnya Trafik atau bilangan pengunjung ke sesuatu web atau blog adalah seperti darah dan penyambung hayat bagi  web atau blog.Tampa traffik blog kita kurang dikenali,tampa trafik jualan yang diperolehi akan merosot dan akhirnya kita akan berputus asa.Dengan teknik SEO,kita mampu untuk meletakkan blog kita di posisi SERP(search engine result page) yang terbaik (page 1 ,no 1)dan apabila kita berada di posisi terbaik maka ramai pelawat akan klik dan surf diblog kita.Bayangkan sebuah gerai (A)makanan terletak diposisi tersorok dari laluan orang ramai,adakah bilangan pengunjung ke gerai itu sama seperti gerai (B) yang terletak dibersebelahan pejabat kerajaan dan bersebelahan pula pada shopping complex. Walaupun anda tidak tahu hakikat sebenar bilangan pengunjung tetapi kita mampu membuat andaian awal gerai B lebih ramai pengunjung dan menjalankan bisnes yang lebih bagus.

Kepentingan kedua adalah authority atau penguasaan pada sesuatu niche atau bidang.Bila kita taip keyword “kerepok ikan sedap” dan muncul pelbagai web tetapi di keputusan pertama adalah syarikat ABC maka secara tak lansung kita membuat andaian “mesti sedap keropok nie..Google pun letak no 1”.So posisikanla blog anda di keyword-keyword yang anda ingin kuasai supaya anda menjadi kuasa besar niche market tersebut.

Kepentingan ketiga adalah kepercayaan atau trust factor.Jika anda di posisi terbaik maka secara tidak lansung pelawat merasakan blog anda adalah lebih dipercayai dan jika anda menjual product dan service pelawat akan merasakan service dan product anda adalah terbaik di market tersebut.Kepentingan ketiga adalah salah satu sumber kekuatan kepada cara untuk mengukuhkan “brand” anda.

Kesimpulannya

Ilmu SEO ini sebenarnya mudah untuk dikuasai (not so much “rocket science”) akan tetapi seperti cabang ilmu kurniaan Allah yang lain ia perlukan juga penekanan, tumpuan kepada aspek-aspek penting.InsyaAllah kita sama-sama mampu menguasai ilmu SEO ini.

p/s: Anda suka post ini..jika suka like dan tweet post ini pada simbol2 diatas post.

p/s/s:Jadi kawan saya kat facebook jugak yer..

Monday 30 May 2011

SEO dan Revoseo

Assalamulaikum, salam pembuka bicara. Bila kita menjengah kealam blog (blogosphere) SEO merupakan salah satu komponen yang penting didalamnya.SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization dan merujuk kepada Wikipedia, SEO bermaksud

Search engine optimization (SEO) is the process of improving the visibility of a website or a web page in search engines via the "natural" or un-paid ("organic" or "algorithmic") search results.
                                                                                                                                     -wikipedia-            

 Berdasarkan info diatas kita boleh membuat kesimpulan bahawa SEO adalah sebarang aktiviti, usaha yang dilakukan oleh pemilik web (blog/website) untuk meletakkan web mereka berada di keputusan enjin carian (google/yahoo/bing, etc).Ok, aktiviti dan usaha ini adalah pelbagai dan terdapat ciri-ciri,teknik dan tipsnya yang tersendiri sebagai contoh “blog walking” dan “blog commenting” sebahagian dari teknik backlink manakala  upload video ke video site dikenali sebagai “VSEO” atau “video search engine optimization”.Mungkin anda tidak perasan bahawa update status di twitter and facebook juga sebahagian dari teknik seo iaitu “social media”.InsyaAllah ,di blog ini kita berbincang setiap teknik seo yang boleh kita praktikkan.

Revoseo??

Haha,merujuk kepada revoseo.blogspot.com,Revoseo adalah
Revoseo merupakan blog baru yang membincangkan teknik seo,mengutarakan tips seo ,memberikan info seo terkini khasnya pada platform Blogger (Blogspot.com) dengan harapan blogger lain dapat berkongsi ,berbincang dan belajar seo dengan mudah dan menyeronokkan.
                                                                                                        -revoseo.blogspot.com-

Kepentingan SEO dan Revoseo


Kepentingan SEO pada sesebuah (betul ke penjodoh bilangan ni?) web adalah amat penting kerana salah satu factor terbesar dalam jangka hayat web adalah bilangan traffic atau pengunjung yang surf ke web itu.Baca dan bayangkan situasi ini, blog anda baru dilancarkan (seperti blog ini) dan diletakkan di sebuah pulau berhantu (.com anda) dan dikelilingi oleh selautan yang tiada hujungnya (pemilik  .com yang lain) setiap kali anda menjerit (post blog) tiada sesiapa yang mendengar dan tiada orang yang sudi melawat pulau berhantu anda itu.Tidak mustahil anda akan giveup dan take out the plug…game over.

"Pulau Hantu"-sebelum usaha SEO


So, sebelum ini terjadi anda perlu pelajari sebahagian dari teknik SEO.Dengan teknik seo ini anda boleh membina titi (blog commenting)dari pulau berhantu anda dengan pulau berhantu yang lain , mungkin membina jambatan (link exchange) ke benua dan daratan yang sibuk dengan pengunjung (.com yang terkenal) .

Anda juga boleh menebas hutan (on-page optimization) di pulau anda supaya kurang berhantu dan juga mula memasang pembesar suara (RSS syndication) supaya pengunjung tahu bahawa anda disitu.Apabila terdapat  pengunjung yang mula datang ,so hati anda gembira maka anda menyambut pelancong itu dengan perayaan terbaik (post optimization) dengan harapan pelancong itu akan promote pulau anda kepada pelancong lain.Sebelum pelancong itu beredar,anda boleh meminta pelancong untuk memberi  feedback dan kalau mereka suka , maka anda dapat status “like” di facebook (social media ).Bila pengunjung mula berduyun tiba ,anda sajikan pelancong dengan video (VSEO) agar penyampaian lebih menarik perhatian.Semakin hari semakin ramai pelancong baru (unique visitor) dan mendapat lawatan dari pelancong terdahulu (returned visitor) maka status pulau berhantu anda akan pudar dan berevolusi menjadi pulau terbaik didunia (search engine).InsyaAllah.

"Pulau Impian"-selepas misi SEO


Kepentingan Revoseo

Penting ker?..haha x kot..xpe, pentingnya blog ini terletak pada pengunjung dan pembaca,kalau mereka berpendapat blog ini best dan mahu menjadikan Revoseo secebis dari hidup mereka untuk mendapat info SEO maka saya amat berbesar hati.

Kesimpulan.
Search Engine Optimization adalah satu cabang ilmu yang baru dan tak rugi bagi kita pelajari teknik seo ini maka bagi saya adalah satu kerugian jika kita tidak mempelajarinya dan mungkin satu tindakan yang salah bagi sebahagian kecil yang memboikot ilmu SEO ini.Saya juga berharap agar anda dapat belajar seo melalui blog revoseo ini.Sekian ,terima kasih.

Encik seo

p/s:penulis amat suka berangan-angan dan imiginasinya terbaur-baur ke dalam penulisannya.harap kalian dapat bersabar :P

p/p/s: sape dapat teka gambar pulau hantu tu kat ne?..hint die "pernah ada kat movie jepun yang ganas"

Wednesday 25 May 2011

Tutorial SEO = SEO vs SEM

SEO vs SEM

Pengenalan

Selalunya Search Engine Optimization (SEO) sering dipandang mudah dan ramai yang tidak sedar akan kepentingan SEO.Pada syarikat-syarikat gergasi dunia, aspek SEO selalunya diuruskan oleh department IT dan marketing departments.Jika pada syarikat kecil dan orang persendirian aspek SEO diuruskan oleh pemilik secara sendirian dan mungkin mengambil service SEO.

SEO

SEO adalah segala kerja dan usaha diperlukan bagi sesebuah website untuk menduduki kedudukan terbaik di Search Engine bagi keyword-keyword tertentu.SEO juga melibatkan internal dan external website analysis,termasuk link building,site optimization ,competitor analysis,keyword research dan lain- lain lagi.Jika anda melakukan teknik seo maka website anda akan berada di sudut Organic listing.

SEM

SEM adalah Search Engine Marketing bermaksud penggunaan  khidmat periklanan berbayar (paid listing)  contohnya teknik pay-per-click (PPC) ,pay-per-view (PPV) seperti Google AdWords.
SEM pula dilakukan secara berbayar oleh pemilik web kepada search engine untuk meletakkan webite mereka di sudut khas (paid listing zone) di SERP.So tugas yang diperlukan untuk SEM adalah lebih mudah tetapi memerlukan kos yang tinggi.

Posisi SEO dan SEM


Kekeliruan???

Kita selalunya keliru diantara SEO dan SEM,SEO adalah percuma tetapi ia memerlukan skill,teknik seo yang betul,kos masa, kos kerja,kos software  dan ia perlu dilakukan dengan professional.Sebagai contoh unsur  motivasi dalam diri adalah percuma,anda boleh dapat dimana-mana tetapi adakah  motivator  atau penceramah motivasi akan memberi  ceramah motivasinya secara percuma??.

Kesimpulan

Untuk website anda berada di zon organic search listing,teknik seo diperlukan manakala jika anda tidak mahu mengambil masa dan kerja yang lama dan mempunyai modal yang besar ,anda boleh mengunakan SEM supaya website anda berada di  zon paid listing dengan cara ,contohnya Pay-per-click di Google Adword dan sebagainya.Soalnya apakah kelebihan dan keburukan teknik SEO dan teknik SEM ini?.Saya akan kupaskan di post yang akan datang,InsyaAlllah.

Salam ikhlas

Wassalam. 

Tutorial SEO-revoseo.blogspot.com

Tutorial SEO di revoseo.blogspot.com


Assalammulaikum kepada pembaca sekalian.Sebagai pengenalan kepada kepada tutorial SEO di blog ini,kita akan berkenal-kenalan mengenai topik yang akan kita bincangkan bersama-sama.Tutorial SEO ini akan mengulas topik SEO dari permulaan (beginner) dan berkembang ke tahap pertengahan (intermediate) dan akhirnya kita bersama-sama akan kupas ke tahap lanjutan (advanced).Susunan tutorial SEO ini diselaraskan kerana saya ingin memberi penjelasan yang penuh disamping memberi informasi SEO dari punca akarnya.Diharap pembaca blog ini dapat bersabar sekiranya di tahap permulaan tutorial SEO ini mungkin mudah  dan saya berjanji tutorial SEO ini akan semakin menarik dan mencabar skill dan teknik SEO yang ada.
Teknik SEO workflow

Tutorial di peringkat permulaan, lebih banyak berkisar mengenai konsep,tujuan ,pro dan kontra setiap teknik yang dibincangkan.Selain itu terdapat juga isu-isu penting yang diambil berat oleh saya mengenai industri SEO ini.Di peringkat pertengahan, saya akan lebih mengetengahkan teknik-teknik SEO secara on dan off-page optimization seperti site optimization ,backlink, ping ,RSS dan juga Social Bookmark.

Untuk peringkat lanjutan pula saya menjelaskan cara untuk mengabungkan semua teknik-teknik SEO yang kita pelajari agar kita mampu membina workflow SEO secara mudah,murah dan berkesan.Di peringkat ini juga saya akan mendedahkan teknik autoblogging.linkwheel,bully dan pelbagai lagi.Black hat method??..minta maaf tiada dalam senarai jika anda masih berminat mungkin kita akan adakan sesi secara tertutup.

Tutorial SEO ini juga akan disertakan bersama "mini research project" (dari penulis ) yang bersesuaian dengan topik SEO yang akan kita bincangkan.Bagi pendapat saya adalah lebih menarik dan dapat memberi penjelasan yang penuh kepada pembaca blog ini jika "mini research" disertakan sekali.So,kepada pembaca anda akan dapat input yang lebih kerana disamping aspek teori kita akan dapat aplikasikan SEO secara praktikal.

Saya amat mengalakkan kepda pembaca blog ini supaya  mengikuti post tutorial SEO ini secara berurutan untuk mengelakkan timbul kekeliruan.Jika masih ada kekeliruan sila bertanya di email dan jadi "friend" saya di facebook dan boleh juga follow "twitter" untuk keep in touch lebih kerap lagi.

Nampaknya itu sahaja pengenalan kepada tutorial SEO ini.Wassalam,sampai jumpa...


P/s: Jika anda like post ini sila like di facebook dan tweet dengan menekan ikon diatas post ini. : )