Tuesday 31 May 2011

Tutorial SEO - SEO vs SEM = Pro dan Kontra


Pada tutorial yang lalu,saya sudah menjelaskan apa itu teknik SEO dan teknik SEM.Pada tutorial pada kali ini, kita akan membincangkan apakah pro dan kontra disebalik kedua-dua teknik ini supaya anda mampu untuk menilai apakah teknik yang sesuai digunakan pada blog atau website anda.
Beberapa factor akan diambil perhatian untuk menilai teknik-teknik ini.Faktor – faktornya adalah :

  1. Zon dan posisi di SERP (Search Engine Result Position)
  2. Populariti keyword
  3. Trust factor
  4.  Kos aplikasi teknik



1. Zon dan posisi di SERP (Search Engine Result Position)

Zon dan posisi kedudukan website atau blog anda di SERP adalah salah satu factor penting dalam jangka hayat trafik yang mampu dijana oleh anda.Faktor ini semakin kritikal jika anda menggunakan website dan blog sebagai medium pemasaran,perniagaan kerana ia akan menonjolkan aspek authority  pada sesebuah niche perniagaan yang diceburi.

Pada faktor zon dan posisi ini,teknik seo lebih menyerlah kelebihannya berbanding teknik SEM.Merujuk kepada gambar dibawah,kita dapat mengenal pasti bahawa zon SEO adalah lebih luas dan besar berbanding zon SEM.Cuba anda klik link ini untuk keyword “hotel Malaysia”.Di contoh ini anda dapat perhatikan bahawa zon SEO adalah lebih besar manakala zon SEM adalah terhad.Jika kita ke page seterusnya (page 2,page 3 ,……..) ,kita dapat lihat bahawa majority ruang di SERP adalah dipenuhi oleh zon SEO dan di Zon SEM semakin mengecil.Keadaan ini semakin jelas apabila kita melayari page yang semakin jauh dibelakang.



Hotel Malaysia page 1


Hotel Malaysia page 70

Melalui case-study mudah ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa teknik SEO mempunyai lebih kelebihan berbanding teknik SEM pada factor Zon dan Posisi di SERP.


2. Populariti keyword

Populariti keyword bermaksud sesuatu perkataan (keyword) yang kerap (popular)digunakan ketika mencari maklumat di Search Engine.Jika anda mampu menawan keyword yang popular maka anda akan mampu menjana traffic yang sangat kencang ke blog anda atau website anda.Untuk teknik SEM,majority pemilik website hanya menfokuskan kepada keyword yang popular untuk menarik pengunjung dan sering mengabaikan keyword yang kurang popular.Kes ini terjadi kerana pemilik website tidak mahu meletakkan kos SEM pada keyword yang tidak mampu menjana traffik dan seterusnya hanya mengundang kerugian.

Manakala untuk teknik SEO anda mampu menawan sebarang keyword yang anda inginkan.Jika keword itu popular dan lebih hangat persaingannya anda memerlukan lebih masa,tenaga kerja mungkin memerlukan SEO consultant sebagai solusi terakhir.Untuk keyword yang kurang popular atau kurang persaingan pula anda mampu menawannya jika anda mengetahui teknik-teknik SEO yang betul dan ia mampu dilaksanakan (workable).

Lihat pada contoh dibawah ini,untuk keyword popular seperti “hotel Malaysia” kita dapati terdapat zon SEM di SERP tetapi untuk keyword “panduan hotel Malaysia” tidak terdapat zon SEM di SERP.Bagi pendapat saya ,keyword “panduan hotel Malaysia” juga adalah penting dan ia mampu menjana traffik ke website anda.Ketiadaan zon SEM pada keyword ini ,adalah kerana kurang persaingan di SERP dan pemilik web tidak perlu mengeluarkan kos untuk teknik SEM ,cukup sekadar mengunakan teknik atau  servis SEO untuk menawan keyword ini.

Panduan Hotel Malaysia

Teknik SEO dan teknik SEM menonjolkan kelebihan tersendiri.Dengan teknik SEM anda mampu menawan keyword yang popular dan mempunyai persaingan yang tinggi disamping tidak memerlukan masa dan tenaga kerja yang berlebihan “cuma” anda hanya perlu mengeluarkan modal untuk menjalankan kempen SEM tersebut.Manakala pada teknik SEO, anda juga  mampu untuk menawan keyword popular tetapi anda memerlukan masa,tenaga kerja dan pelbagai kos lain (software,servis,etc..) akan tetapi peratus kejayaan adalah sedikit kerana persaingan yang kuat  dan mungkin anda akan menyerah dipertengahan jalan.Kelebihan teknik SEO pada factor ini adalah anda mampu untuk menawan keyword yang tidak kurang pentingya berbanding keyword pilihan dengan kos yang rendah (lihat case study diatas).


 3. Trust factor

Saya ingin bertanya pada anda ,jika anda menaip keyword di Search engine dan result menjelma pernah dan adakah anda akan klik pada ruangan Ads di SERP?.Untuk soalan pernah ,ini jawapan saya. “Yup,Saya akan tekan pada masa itu umur saya masih lagi 10 tahun dan saya time tu buta it”.Untuk jawapan adakah pula.”Sekarang nie dah tak klik kat ruang Ads pun,bukan nak bagi info just nak jual barang adela”.

Begini senarionya,semakin lama anda berkecimpung di dunia internet ini, semakin  kurang anda klik pada ruangan Ads di SERP kerana anda semakin sedar bahawa di ruangan Ads tidak mampu memberi  info dan maklumat yang anda inginkan .Bagi anda ia cuma website untuk menjual produk atau servis.Anda semakin kecewa jika melayari website di ruangan Ads (citt..membazer mase aku jer surf web nie.Iklan ghopernyer).Sejak itu anda tidak klik di ruangan Ads lagi.The end.

Sebenarnya terdapat kajian mengenai isu keberkesanan ruangan Ads di SERP.Melalui kajian (eye-tracking experiment) tersebut iProspect menjelaskan bahawa 60% pengguna internet akan klik di ruangan organic result (zon seo) dan peratus ini akan meningkat jika seseorang itu semakin berpengalaman mengunakan internet.Lihat gambar ini dan ianya terjawab.

Google Heat Map
Ini adalah gambar yang juga dikenali sebagai “google heat map”.Gambar ini menunjukkan kecenderungan posisi kedudukan mata ketika focus di SERP.Semakin pekat warnanya,semakin focus pandangannya.Berdasarkan gambar ini , ternyata di zon SEO menjadi ruang focus berbanding ruang di zon SEM.Ternyata teknik SEO mempunyai markah penuh berbanding teknik SEM pada aspek trust factor ini.

1)   4. Kos aplikasi teknik

Kos aplikasi teknik SEO adalah percuma jika anda mampu melakukannya seorang diri. Mungkin kos terbesar pada teknik SEO adalah kos masa dan diikuti kos tenaga kerja professional (skill dan teknik).Jika diambil kira pada jangka masa yang panjang teknik SEO akan memberi pulangan pada tempoh yang lama. Selama anda berada di kedudukan SERP yang bagus selagi itulah anda akan dapat trafik pengunjung secara percuma berbanding menjana traffic mengunakan teknik SEM seperti pay-per-click.

Teknik SEM mudah diaplikasi kerana anda hanya perlu membayar kepada search engine untuk meletakkan website anda dikedudukan terbaik akan tetapi ia memerlukan kos yang tinggi dan kesannya bagus  pada jangka masa yang pendek kerana tempoh website anda berada di kedudukan itu bergantung kepada kos anda,jika mahu lama di keyword popular maka lebih banyak wang perlu dilaburkan.

Kesimpulan

Segala teknik ada pro dan kontranya dan ia terpulang pada kita untuk mengaplikasi kedua-dua teknik ini untuk mendapatkan hasil yang optimum.Cadangan saya aplikasikan teknik SEO (termasuk mengunakan service seo) terlebih dahulu dan jika ia tidak mencukupi maka gunakan teknik SEM sebagai langkah terakhir.

Fuh..panjang lebar saya jelaskan Pro dan Kontra teknik SEO dan Teknik SEM nih..jika anda suka like dan tweet pada simbol diatas post ye.Terdapat sebarang pertanyaan? sila email pada saya di sini

0 comments:

Post a Comment