Wednesday 1 June 2011

Tarif Elektrik dan SEO

Assalammulaikum dan salam sejahtera.Bertemu lagi kita dipost saya yang terbaru.Sudah sedia maklum tarif elektrik negara kita akan  mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa I Jun ini.Hurm.kenaikan yang agak tinggi juga...sangat signifikan amount 7.12% ni.Kalau sebuah syarikat industri,increasing even 0.5% boleh buat ROI pun tergugat jugakla, tu yang kena mark-up harga barang atau servis.


Head ache-sebelum kronik




Seperti sedia maklum,aktiviti SEO adalah tidak boleh lari dari penggunaan elektrik dan kebanyakkan task-task yang perlu dilakukan untuk proses SEO memerlukan masa yang lama (walaupun anda guna software),dan saya tidak dapat bayangkan berapa lama masa diambil untuk sign-up 100 social bookmark account by manual.Belum lagi dikira untuk process pinging,Rss submitting dan yang paling ngeri adalah video submitting,sangat mengambil masa yang lama(kalau anda guna broadband ,bayangkanla).


Head ache-selepas kronik


Saya nak highlight isu ini bukan untuk menarik simpati atau sekadar gimik murahan,cuma saya pernah melakukan servis Link Building dan saya faham masa yang diperlukan untuk menyiapkan order dari customer,pernah juga PC saya tak shutdown seminggu direct.So ngeri untuk saya kenangkan berapa banyak bil elektrik bulan tersebut,tarik capital cost jugaklar.


So sekarang apakah cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik khasnya langkah-langkah sebagai seorang blogger.Apa didalam minda saya adalah:

  1. Karang post draft atas paper kosong dulu,susun ayat canthek-canthek so bila time pindah ke Word tinggal edit sikit-sikit,sampai kat post section tinggal copy paste jer.
  2. Fokuskan tumpuan kita bersama semasa penggunaan komputer,kalau nak post,cepat-cepat buat lepas tu off laptop
  3. Tiada lagi merayau-rayau di alam siber tampa tujuan kukuh..time nak post time tula nak gossip-gossip kat Facebook.(sekali lagi fokus)
  4. Kalau nak baca ebook,print siap-siap dulu and baca sepuas-puasnya walau dimana anda berada (tiada lagi baca ebook dilaptop)
  5. Galakkan penggunaan Software untuk memudahkan aktiviti SEO contohnya software linking dan sebagaimana.(kos software pun perlu diambil kira)
  6. Kalau berkemampuan,ambil servis SEO secara kecil-kecilan dahulu (servis link Rm20 ke)so orang lain yang buat SEO untuk anda,maka anda hanya perlu fokus kepada mutu blog sahaja.

Ini diantara tips yang berlegar diminda saya selama 3 minit setengah,dan saya rasa cukuplah.Bagi pendapat saya setiap idea yang muncul difikiran kita walau sedikit,walaupun sekejap sahaja kita berfikir tetapi yang tetap penting adalah tindakan.

So sampai disini sahaja ruangan luah perasaan sempena tarif elektrik.Sampai jumpa..Wassalam


P/s:Teringat cerita lecturer (bergelar ustaz),Nabi Muhammad S.A.W mengasingkan diri di Gua Hira' untuk jauhkan dari noda dan dosa penduduk Makkah,setelah turun wahyu dari Allah,Nabi Muhammad tidak mengasingkan diri lagi malah berani keluar dan terus berdakwah.So iktibar cerita ini,jika anda mendapat ilham,idea dan petunjuk dari Allah,segerakanlah akan tindakan berdasarkan ilham,idea dan petunjuk itu.




0 comments:

Post a Comment