Wednesday 25 May 2011

Tutorial SEO = SEO vs SEM

SEO vs SEM

Pengenalan

Selalunya Search Engine Optimization (SEO) sering dipandang mudah dan ramai yang tidak sedar akan kepentingan SEO.Pada syarikat-syarikat gergasi dunia, aspek SEO selalunya diuruskan oleh department IT dan marketing departments.Jika pada syarikat kecil dan orang persendirian aspek SEO diuruskan oleh pemilik secara sendirian dan mungkin mengambil service SEO.

SEO

SEO adalah segala kerja dan usaha diperlukan bagi sesebuah website untuk menduduki kedudukan terbaik di Search Engine bagi keyword-keyword tertentu.SEO juga melibatkan internal dan external website analysis,termasuk link building,site optimization ,competitor analysis,keyword research dan lain- lain lagi.Jika anda melakukan teknik seo maka website anda akan berada di sudut Organic listing.

SEM

SEM adalah Search Engine Marketing bermaksud penggunaan  khidmat periklanan berbayar (paid listing)  contohnya teknik pay-per-click (PPC) ,pay-per-view (PPV) seperti Google AdWords.
SEM pula dilakukan secara berbayar oleh pemilik web kepada search engine untuk meletakkan webite mereka di sudut khas (paid listing zone) di SERP.So tugas yang diperlukan untuk SEM adalah lebih mudah tetapi memerlukan kos yang tinggi.

Posisi SEO dan SEM


Kekeliruan???

Kita selalunya keliru diantara SEO dan SEM,SEO adalah percuma tetapi ia memerlukan skill,teknik seo yang betul,kos masa, kos kerja,kos software  dan ia perlu dilakukan dengan professional.Sebagai contoh unsur  motivasi dalam diri adalah percuma,anda boleh dapat dimana-mana tetapi adakah  motivator  atau penceramah motivasi akan memberi  ceramah motivasinya secara percuma??.

Kesimpulan

Untuk website anda berada di zon organic search listing,teknik seo diperlukan manakala jika anda tidak mahu mengambil masa dan kerja yang lama dan mempunyai modal yang besar ,anda boleh mengunakan SEM supaya website anda berada di  zon paid listing dengan cara ,contohnya Pay-per-click di Google Adword dan sebagainya.Soalnya apakah kelebihan dan keburukan teknik SEO dan teknik SEM ini?.Saya akan kupaskan di post yang akan datang,InsyaAlllah.

Salam ikhlas

Wassalam. 

0 comments:

Post a Comment