Tuesday 31 May 2011

Belajar Google


Assalammulaikum dan salam sejahtera.Pada post ini saya bercadang untuk menyediakan ruangan khas mengenai search engine Google.Memetik ayat dari Sun Tzu :

 It is said that if you know your enemies and know yourself, you will not be imperiled in a hundred battles;
                                                                                                                         -Sun Tzu-

Ayat ini menjelaskan bahawa jika kita kenal dan fahami musuh anda tidak akan menghadapi kekalahan walaupun didalam 100 peperangan.Saya berpendapat jika kita ingin bermain SEO ,kita hendaklah mahir dan faham mengenai platform search engine yang bakal kita praktikkan teknik SEO tersebut.Dengan alasan ini adalah wajar kita belajar mengenai Google.

Google-Search Engine Pilihan

Diruangan belajar Google ini saya bercadang untuk menjelaskan mengenai bagaimana google Search berfungsi,Google Webmaster,Google Analytic dan pelbagai lagi.InsyaAllah tutorial google ini akan semakin menarik kerana post belajar Google ini akan disertai video-video yang berkaitan yang akan membongkar kelemahan atau "Loophole" yang boleh kita  manipulasikan untuk mencapai tujuan SEO kita.

Kenapa Google?

Yup,kenapa Google.Kenapa tidak Yahoo,Bing,Baidu ataupun Altavista?.Saya memilih Google kerana beberapa faktor.Faktor pertama oleh kerana saya mengunakan platform blogger sebagai pilihan dan Blogger.com dimiliki Google maka saya memberikan perhatian yang lebih kepada Google.Faktor kedua, segala teknik SEO ini adalah lebih menjurus kepada plaform blogspot maka saya lebih tertumpu kepada Google.Yang ketiga,Google menyediakan banyak aplikasi secara percuma seperti Google Analytic,oleh itu saya bercadang untuk memberi perhatian kepada pembelajaran dan tutorial mengenai aplikasi ini kerana amatlah rugi jika kita tidak mempelajari dan mengunakanya.

Saya berharap agar ruangan belajar Google ini menjadi tumpuan kepada pengunjung blog ini kerana dengan  mempelajari Google dengan lebih baik dan tersusun kita mampu mengunakkan search engine ini secara optimum.

 Nampaknya itu sajalah post ini sebagai pengenalan kepada ruangan Belajar Google di revoseo.blogspot.com.Saya berharap agar anda dapat sebarang input yang berguna dan sentiasa tertunggu untuk post yang akan datang (amin).Ok itu saja.Wassalam

p/s:Anda suke post ini..macam biasa sila tweet dan like diruangan social media diatas post ini...dengan ini anda dapat berkongsi post ini kepada rakan-rakan yang lain.


0 comments:

Post a Comment