Monday 30 May 2011

SEO dan Revoseo

Assalamulaikum, salam pembuka bicara. Bila kita menjengah kealam blog (blogosphere) SEO merupakan salah satu komponen yang penting didalamnya.SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization dan merujuk kepada Wikipedia, SEO bermaksud

Search engine optimization (SEO) is the process of improving the visibility of a website or a web page in search engines via the "natural" or un-paid ("organic" or "algorithmic") search results.
                                                                                                                                     -wikipedia-            

 Berdasarkan info diatas kita boleh membuat kesimpulan bahawa SEO adalah sebarang aktiviti, usaha yang dilakukan oleh pemilik web (blog/website) untuk meletakkan web mereka berada di keputusan enjin carian (google/yahoo/bing, etc).Ok, aktiviti dan usaha ini adalah pelbagai dan terdapat ciri-ciri,teknik dan tipsnya yang tersendiri sebagai contoh “blog walking” dan “blog commenting” sebahagian dari teknik backlink manakala  upload video ke video site dikenali sebagai “VSEO” atau “video search engine optimization”.Mungkin anda tidak perasan bahawa update status di twitter and facebook juga sebahagian dari teknik seo iaitu “social media”.InsyaAllah ,di blog ini kita berbincang setiap teknik seo yang boleh kita praktikkan.

Revoseo??

Haha,merujuk kepada revoseo.blogspot.com,Revoseo adalah
Revoseo merupakan blog baru yang membincangkan teknik seo,mengutarakan tips seo ,memberikan info seo terkini khasnya pada platform Blogger (Blogspot.com) dengan harapan blogger lain dapat berkongsi ,berbincang dan belajar seo dengan mudah dan menyeronokkan.
                                                                                                        -revoseo.blogspot.com-

Kepentingan SEO dan Revoseo


Kepentingan SEO pada sesebuah (betul ke penjodoh bilangan ni?) web adalah amat penting kerana salah satu factor terbesar dalam jangka hayat web adalah bilangan traffic atau pengunjung yang surf ke web itu.Baca dan bayangkan situasi ini, blog anda baru dilancarkan (seperti blog ini) dan diletakkan di sebuah pulau berhantu (.com anda) dan dikelilingi oleh selautan yang tiada hujungnya (pemilik  .com yang lain) setiap kali anda menjerit (post blog) tiada sesiapa yang mendengar dan tiada orang yang sudi melawat pulau berhantu anda itu.Tidak mustahil anda akan giveup dan take out the plug…game over.

"Pulau Hantu"-sebelum usaha SEO


So, sebelum ini terjadi anda perlu pelajari sebahagian dari teknik SEO.Dengan teknik seo ini anda boleh membina titi (blog commenting)dari pulau berhantu anda dengan pulau berhantu yang lain , mungkin membina jambatan (link exchange) ke benua dan daratan yang sibuk dengan pengunjung (.com yang terkenal) .

Anda juga boleh menebas hutan (on-page optimization) di pulau anda supaya kurang berhantu dan juga mula memasang pembesar suara (RSS syndication) supaya pengunjung tahu bahawa anda disitu.Apabila terdapat  pengunjung yang mula datang ,so hati anda gembira maka anda menyambut pelancong itu dengan perayaan terbaik (post optimization) dengan harapan pelancong itu akan promote pulau anda kepada pelancong lain.Sebelum pelancong itu beredar,anda boleh meminta pelancong untuk memberi  feedback dan kalau mereka suka , maka anda dapat status “like” di facebook (social media ).Bila pengunjung mula berduyun tiba ,anda sajikan pelancong dengan video (VSEO) agar penyampaian lebih menarik perhatian.Semakin hari semakin ramai pelancong baru (unique visitor) dan mendapat lawatan dari pelancong terdahulu (returned visitor) maka status pulau berhantu anda akan pudar dan berevolusi menjadi pulau terbaik didunia (search engine).InsyaAllah.

"Pulau Impian"-selepas misi SEO


Kepentingan Revoseo

Penting ker?..haha x kot..xpe, pentingnya blog ini terletak pada pengunjung dan pembaca,kalau mereka berpendapat blog ini best dan mahu menjadikan Revoseo secebis dari hidup mereka untuk mendapat info SEO maka saya amat berbesar hati.

Kesimpulan.
Search Engine Optimization adalah satu cabang ilmu yang baru dan tak rugi bagi kita pelajari teknik seo ini maka bagi saya adalah satu kerugian jika kita tidak mempelajarinya dan mungkin satu tindakan yang salah bagi sebahagian kecil yang memboikot ilmu SEO ini.Saya juga berharap agar anda dapat belajar seo melalui blog revoseo ini.Sekian ,terima kasih.

Encik seo

p/s:penulis amat suka berangan-angan dan imiginasinya terbaur-baur ke dalam penulisannya.harap kalian dapat bersabar :P

p/p/s: sape dapat teka gambar pulau hantu tu kat ne?..hint die "pernah ada kat movie jepun yang ganas"

0 comments:

Post a Comment