Tuesday 31 May 2011

Tutorial SEO = Pengenalan SEO


JOM BELAJAR SEO!!!!!

SEO atau search engine optimization bermaksud mengoptimasikan kedudukan website atau blog kita di Search Engine Result Page bergantung kepada keyword-keyword tertentu.Contohnya jika anda menaip perkataan keyword “teknik seo” di Google akan terdapat banyak keputusan search akan muncul,terdapat website dan juga terdapat blog.Akan tetapi adakah blog saya berada di keputusan page pertama,jika ya tahniah..jika tidak pula, apakah yang perlu lakukan untuk blog saya berda di page pertama di google unutk keyword “teknik seo” ini?.Untuk meletakkan blog saya berada di page pertama unutk keyword ini ,saya perlukan teknik SEO supaya Google mengindeks  dan meletakkan blog saya di page pertama.

Komponen SEO

Komponen SEO boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian contohnya Video SEO, Article SEO, Social Media SEO dan pelbagai lagi.Selalunya pembahagian bidang SEO ini bergantung kepada teknik dan strategi yang kita pilih.Jika anda mahu menarik pengunjung melalui teknik video maka teknik Video SEO (VSEO) adalah perlu anda kuasai dan jika anda mahu menarik pengunjung menggunakan Facebook dan Twitter contohnya teknik Social Media SEO perlu anda fahami terlebih dahulu.

Kepentingan SEO

Kepentingan SEO boleh dijelaskan oleh beberapa aspek.Aspek yang pertama adalah traffik .Pentingnya Trafik atau bilangan pengunjung ke sesuatu web atau blog adalah seperti darah dan penyambung hayat bagi  web atau blog.Tampa traffik blog kita kurang dikenali,tampa trafik jualan yang diperolehi akan merosot dan akhirnya kita akan berputus asa.Dengan teknik SEO,kita mampu untuk meletakkan blog kita di posisi SERP(search engine result page) yang terbaik (page 1 ,no 1)dan apabila kita berada di posisi terbaik maka ramai pelawat akan klik dan surf diblog kita.Bayangkan sebuah gerai (A)makanan terletak diposisi tersorok dari laluan orang ramai,adakah bilangan pengunjung ke gerai itu sama seperti gerai (B) yang terletak dibersebelahan pejabat kerajaan dan bersebelahan pula pada shopping complex. Walaupun anda tidak tahu hakikat sebenar bilangan pengunjung tetapi kita mampu membuat andaian awal gerai B lebih ramai pengunjung dan menjalankan bisnes yang lebih bagus.

Kepentingan kedua adalah authority atau penguasaan pada sesuatu niche atau bidang.Bila kita taip keyword “kerepok ikan sedap” dan muncul pelbagai web tetapi di keputusan pertama adalah syarikat ABC maka secara tak lansung kita membuat andaian “mesti sedap keropok nie..Google pun letak no 1”.So posisikanla blog anda di keyword-keyword yang anda ingin kuasai supaya anda menjadi kuasa besar niche market tersebut.

Kepentingan ketiga adalah kepercayaan atau trust factor.Jika anda di posisi terbaik maka secara tidak lansung pelawat merasakan blog anda adalah lebih dipercayai dan jika anda menjual product dan service pelawat akan merasakan service dan product anda adalah terbaik di market tersebut.Kepentingan ketiga adalah salah satu sumber kekuatan kepada cara untuk mengukuhkan “brand” anda.

Kesimpulannya

Ilmu SEO ini sebenarnya mudah untuk dikuasai (not so much “rocket science”) akan tetapi seperti cabang ilmu kurniaan Allah yang lain ia perlukan juga penekanan, tumpuan kepada aspek-aspek penting.InsyaAllah kita sama-sama mampu menguasai ilmu SEO ini.

p/s: Anda suka post ini..jika suka like dan tweet post ini pada simbol2 diatas post.

p/s/s:Jadi kawan saya kat facebook jugak yer..

0 comments:

Post a Comment