Tuesday 31 May 2011

Belajar Google-Cara Google Search Berfungsi

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian.Di ruangan belajar Google ini,saya akan menghuraikan bagaimana proses Search Google beroperasi.Apabila kita tahu modus operandinya maka senang untuk kita member perhatian apabila melakukan aktiviti SEO untuk blog kita.




Sebelum kita mulakan pembedahan untuk post kali ini,jom kita tonton dulu video yang amat berguna ini..

Ha..bestkan video ni.video ini menjelaskan secara mudah dan terperinci mengenai proses Search Google dilakukan.Sekarang kita beralih kepada part yang menarik,membedah dan mengesktrak info dari video ini.

1)Pada (0:22) di video, kita perolehi info dimana sewaktu kita membuat search,sebenarnya kita mengakses kepada Google Indeks daripada web itu.Point yang boleh diambil adalah sewaktu aktiviti SEO dijalankan kita hendaklah memastikan bahawa blog kita telah diindeks oleh Google terlebih dahulu sebelum ia terpapar di muka SERP.

2)(0:29-0.44)Pada video ini, Matt telah menjelaskan bahawa operasi indeks Google dilaksanakan oleh Google Spider bot yang berfungsi untuk melayari atau “crawl” link-link yang terdapat pada web kita dan apabila operasi crawling ini berakhir maka blog kita akan diindeks didatabase google.

3)(1:07-1:32)Pada masa tersebut Matt telah menjelaskan beberapa aspek yang diambil oleh Google supaya result yang terhasil adalah berkaitan dengan keyword yang  ingin diSearch oleh pengguna Google.Disini beberapa factor diambil kira iaitu : 

  • berapa banyak keyword berkatian yang terdapat  pada sesuatu page (1:19)
  • adakah keyword itu berada dibahagian tajuk setiap page (title of paga)(1:211)
  • adakaha keyword itu berada di Url (cth jika anda taip “senangseo” adakah keyword ini muncul di url result seperti “senangseo.blogspot.com”)(1:22)
  • adakah keyword itu berkaitan secara tepat (directly adjacent)(jika kita mahu info “servis baik” ia bermaksud servis yang bagus akan tetapi bila kita letakkan sebagai  “servis” baik,ia boleh mengundang persepsi sebagai servis yang buruk (1:24)
  • adakah keyword itu mempunyai kata seerti (1:26)
  • adakah page yang akan dipapar itu berasal dari pagerank yang bagus (1:30)


4)(1:35-1.54).Disini Matt telah member info mengenai page rank dan bagaimana ia dinilai.Page rank dinilai pada berapa banyak bilangan link diterima dari luar (outbound link = OBL) pada sesuatu page dan berapakah nilai setiap OBL yang diterima oleh page tersebut.

5)(2:05)Yang ini adalah info yang paling seronok kerana Google secara official tidak melakukan sebarang servis untuk mengindeks sesuatu web,mengupdate web dan meningkatkan pagerank sesuatu web.Maka dengan ini aktivi SEO adalah secara percuma dan anda perlu tahu cara dan teknik SEO tersebut.

6)(2:30-2:57)Pada masa tersebut Matt telah menjelaskan bahawa terdapat juga keputusan “search result” berbentuk iklan Ads (SEM) pada SERP dan disamping itu juga terdapat garisan pemisah diantara organic result (SEO) dan paid result (SEM).Maklumat tambahan mengenai Ads , adalah Google tidak akan menunjukkan sebarang Ads jika tiada kaitan dengan keyword yang dicari.

Kesimpulan

Berdasarkan video ringkas tersebut kita mampu mendapat sedikit info mengenai search process dilakukan dan melalui video tersebut kita didedahkan beberapa aspek SEO yang perlu kita kuasai contohnya pagerank,outbound link,google crawling dan sebagainya.Oleh itu aspek SEO adalah begitu luas dan mustahil untuk dijelaskan dalam video ringkas tersebut.Anggap sahaja ia sebagai sneak preview untuk tutorial SEO yang akan datang.Semoga anda dapat mengikuti post akan datang kerana saya akan menjelaskan secara ringkas mengenai “crawl”,”index” dan “serving result”.Nantikan Sahaja…..Wassalam


p/s:banyakkan info..jomla like dan tweet agar kawan-kawan lain dapat belajar.

0 comments:

Post a Comment