Wednesday 25 May 2011

Tutorial SEO-revoseo.blogspot.com

Tutorial SEO di revoseo.blogspot.com


Assalammulaikum kepada pembaca sekalian.Sebagai pengenalan kepada kepada tutorial SEO di blog ini,kita akan berkenal-kenalan mengenai topik yang akan kita bincangkan bersama-sama.Tutorial SEO ini akan mengulas topik SEO dari permulaan (beginner) dan berkembang ke tahap pertengahan (intermediate) dan akhirnya kita bersama-sama akan kupas ke tahap lanjutan (advanced).Susunan tutorial SEO ini diselaraskan kerana saya ingin memberi penjelasan yang penuh disamping memberi informasi SEO dari punca akarnya.Diharap pembaca blog ini dapat bersabar sekiranya di tahap permulaan tutorial SEO ini mungkin mudah  dan saya berjanji tutorial SEO ini akan semakin menarik dan mencabar skill dan teknik SEO yang ada.

Teknik SEO workflow

Tutorial di peringkat permulaan, lebih banyak berkisar mengenai konsep,tujuan ,pro dan kontra setiap teknik yang dibincangkan.Selain itu terdapat juga isu-isu penting yang diambil berat oleh saya mengenai industri SEO ini.Di peringkat pertengahan, saya akan lebih mengetengahkan teknik-teknik SEO secara on dan off-page optimization seperti site optimization ,backlink, ping ,RSS dan juga Social Bookmark.

Untuk peringkat lanjutan pula saya menjelaskan cara untuk mengabungkan semua teknik-teknik SEO yang kita pelajari agar kita mampu membina workflow SEO secara mudah,murah dan berkesan.Di peringkat ini juga saya akan mendedahkan teknik autoblogging.linkwheel,bully dan pelbagai lagi.Black hat method??..minta maaf tiada dalam senarai jika anda masih berminat mungkin kita akan adakan sesi secara tertutup.

Tutorial SEO ini juga akan disertakan bersama "mini research project" (dari penulis ) yang bersesuaian dengan topik SEO yang akan kita bincangkan.Bagi pendapat saya adalah lebih menarik dan dapat memberi penjelasan yang penuh kepada pembaca blog ini jika "mini research" disertakan sekali.So,kepada pembaca anda akan dapat input yang lebih kerana disamping aspek teori kita akan dapat aplikasikan SEO secara praktikal.

Saya amat mengalakkan kepda pembaca blog ini supaya  mengikuti post tutorial SEO ini secara berurutan untuk mengelakkan timbul kekeliruan.Jika masih ada kekeliruan sila bertanya di email dan jadi "friend" saya di facebook dan boleh juga follow "twitter" untuk keep in touch lebih kerap lagi.

Nampaknya itu sahaja pengenalan kepada tutorial SEO ini.Wassalam,sampai jumpa...


P/s: Jika anda like post ini sila like di facebook dan tweet dengan menekan ikon diatas post ini. : )

0 comments:

Post a Comment