Thursday 21 July 2011

Panduan SEO percuma di Internet

Assalammulaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua.Bagaimana dengan aktiviti SEO anda?.Adakah semakin baik dan sedang mendaki puncak SERP?..atau mungkin anda sedikit tersesat dan memerlukan sedikit panduan SEO sebagai road map pada perjalanan SEO anda.

Jangan gundah dan risau kerana pada post kali ini saya akan mendedahkan beberapa website yang memberi panduan SEO secara percuma di internet.Website-website tersebut merupakan major power didalam industri SEO dan sering menjadi rujukan kepada aktivis SEO seluruh dunia.Saya akan mengupas (memberi review ) kenapa website-website tersebut menjadi pilihan saya bagi mencari sumber maklumat dan panduan SEO yang hangat dan terkini.

Website-website SEO pilihan saya :


  1. searchengineland.com

Sumber panduan seo saya yang pertama adalah search engine land.com.Website ini adalah merupakan website info SEO yang terbaik dan terlengkap kerana pada pendapat saya website ini selalu memaparkan berita dan maklumat SEO terkini pada industri SEO di peringkat global.

Website ini juga selalu memaparkan trend-trend terkini dan tersebut amat  perlu diambil perhatian bagi aktivis SEO sekalian ,kerana industri SEO berubah dengan sangat pesat.Teknik seo yang kita kuasai hari ini mungkin ia tidak berkesan lagi pada masa sebulan yang akan datang.Untuk mengelakkannya selalu kunjungi website ini untuk mendapatkan info dan panduan SEO terkini.

Disamping itu, website ini juga sering menerbitkan nota SEO yang berkualiti contohnya Periodic Table bagi menentukan ranking factor setiap aktiviti SEO.Sangat menarik dan kreatif,jadual berkala kimia tetapi versi SEO.Klik sini untuk mendownload.



      2. seomoz.org

seomoz.org diantara website SEO pilihan saya.Di seomoz anda akan disajikan info dan maklumat seo berkualiti dan ianya percuma.Website ini juga terdapat siri tutorial yang menarik dan amat berguna kepada newbie bagi menceburkan diri didunia SEO.



seomoz.org juga menerbitkan pdf tutorial pengenalan SEO percuma dan ia masih menjadi sumber rujukan asas SEO yang terbaik pernah saya baca.Anda boleh mendownloadnya disini dan jika anda malas untuk sign up anda boleh baca tutorial SEO diweb sahaja dan klik sini untuk akses .

Selain itu juga seomoz juga menyediakan seo tool secara percuma akan tetapi anda perlu menyertai langganan seo secara berbayar untuk mengakses secara maksimum.Pada awal-awal kemunculan website ini sempat juga saya menikmati tool ini dan mungkin terlalu ramai yang mengunakannya maka ia berubah kepada tool yang berbentuk langganan

       3.Mattcutts.com

Yup.Siapa Matt cutts?..dia merupkan ketua division webspam di Google.Jika anda nak menawan Google, anda perlu tahu maklumat daripadanya.Salah satu sumber info Google dan panduan SEO terbaik adalah dari website ini.



Sebarang berita ,khabar angin dan info terkini anda boleh dapt dari website mattcutts.com.Apa yang saya suka mengenai website ini adalah terdapat sessi video dimana Matt cutts sendiri akan menjawab soalan-soalan mengenai Google.Saya mencadangkan anda lihat semua video Matt cutts tersebut dan korek rahsia dan part yang paling kelakar adalah kadangkala Matt masih cuba untuk menyembunyikan rahsia Google tetapi didedahkan secara tidak sengaja.Untuk lihat semua video matt cutts klik sini


Kesimpulan

Website-website ini merupakan website pilihan saya untuk mendalami ilmu dan mancari panduan SEO yang berkualiti.Semoga suatu hari nanti blog saya akan menjadi blog pilihan Malaysia untuk mencari ilmu dan panduan SEO yang tebaik.

sekian terima kasih.Wassalam

p/s: Panduan SEO untuk semua!!!!!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment